Valencia Lantik Gracia Sebagai Jurulatih

  • Whatsapp

Penulis: Fit Hisham

 

Read More

banner 300250

MADRID: Valencia melantik bekas bos Watford dan Malaga, Javi Gracia sebagai jurulatih baharu mereka menerusi perjanjian dua tahun, umum kelab La Liga itu awal pagi tadi.

Pengendali berusia 50 tahun itu menjadi pengurus sepanuh masa ketiga Valencia yang baharu menamatkan musim La Liga selepas pemecatan Marcelino pada September 2019 dan Albert Celades bulan lalu.

“Valencia CF mencapai persetujuan dengan Javi Gracia, yang dilantik sebagai jurulatih pasukan utama pada Isnin, menerusi perjanjian dua tahun hingga 30 Jun, 2022,” kata kenyataan kelab itu.

Gracia dipecat Watford, yang tersingkir daripada Liga Perdana Ahad lalu pada September selepas kempen liga yang teruk, hanya tiga bulan selepas mengetuai Hornets ke final Piala FA kedua dalam sejarah mereka namun tewas 6-0 kepada Manchester City.

Dia pernah melatih kelab Russia, Rubin Kazan dan kelab Sepanyol, Malaga, Osasuna dan Almeria.

Valencia menamatkan La Liga di tangga kesembilan, terlepas kelayakan ke Eropah dan tersingkir daripada kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara kepada kelab Itali, Atalanta.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *