Tips Kewangan Untuk Remaja

  • Whatsapp

Penulis: Fitriah

 

Read More

banner 300250

Untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan tips-tips ‘simple’ pengurusan kewangan peribadi untuk orang-orang muda.

Orang-orang muda di sini bermaksud mereka yang baru nak memulakan kehidupan sendiri, iaitu mereka yang baru habis belajar atau sedang mencari kerja atau baru mula bekerja.

Kalau sebelum ini kehidupan masih di sekolah/kolej/universiti dan mungkin bergantung kepada ibubapa, sekarang sampai masanya mereka memulakan kehidupan mencari duit menanggung diri-sendiri.

Tips-tips ini juga sesuai untuk sesiapa juga, bukan sekadar orang-orang muda sahaja.

Tips-tips berkaitan pendapatan

1. Mulakan pencarian kerja (job hunting) secepat mungkin, kalau boleh mula sebelum habis belajar semasa semester terakhir. Zaman sekarang persaingan mendapatkan kerja sangat sengit, sedikit terlambat, anda akan jauh tertinggal.

2. Sediakan resume dan persiapkan diri untuk menghadiri temuduga kerja dengan sebaik-baiknya. Ada banyak tips dan pengalaman yang dikongsikan di internet, cuma perlu cari sahaja.

3. Jangan terlalu memilih kerja. Buat kerja-kerja biasa dahulu adalah lebih baik daripada membuang masa menganggur. Ini akan memberi markah tambahan jika anda memohon kerjaya impian nanti. Bakal majikan dapat melihat anda sedia dan sanggup melakukan kerja.

4. Peringkat awal bekerja, walau apa pun pekerjaan, utamakan untuk dapatkan ilmu dan pengalaman, bukan gaji. Baca kisah Robert Kiyosaki yang diajar oleh Rich Dadnya yang dipaksa bekerja bukan untuk gaji, sebaliknya untuk ilmu dan pengalaman. Dengan ilmu dan pengalaman yang ditimba, nilai diri anda akan meningkat. Jalan untuk anda mencapai kerjaya impian akan lebih mudah.

5. Orang muda ada banyak masa, boleh mulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Tak kisahlah samaada nak buat perniagaan runcit, borong, consignmentaffiliatedropshiparbitrage atau jadi ejen, yang penting luangkan masa untuk jana pendapatan tambahan. Zaman sekarang dah mudah, banyak peluang perniagaan dan info berkaitan bisnes tersedia.

6. Kalau dah bekerja, fokus dengan kerja hakiki dan rajin-rajinkan diri untuk buat kerja lebih masa jika berpeluang. Waktu muda adalah waktu menjana pendapatan semaksimumnya. Tapi, jangan pula sampai menyeksa diri. Kalau ada peluang, boleh jana pendapatan melalui Uber.

7. Urus pendapatan atau duit gaji dengan baik. Boleh baca artikel ini untuk cadangan formula pengurusan gaji untuk orang muda: Formula Pengurusan Kewangan Bagi Yang Baru Mula Bekerja

Tips-tips berkaitan simpanan

1. Bermula dari gaji pertama, sentiasa asingkan sebahagian untuk simpanan terlebih dahulu sebelum dibelanjakan. Kalau boleh, simpan 50% daripada gaji. Paling minimum, 20-30%. Orang muda masih tak banyak komitmen, simpanan harus diutamakan.

2. Simpanan pertama harus ditumpukan untuk membina dana kecemasan dan dana rizab. Baca artikel ini untuk lebih faham: 3 Jenis Dana Kecemasan Untuk Situasi Luar Dugaan

3. Buka akaun Tabung Haji dan cukupkan duit minimum untuk daftar giliran haji terlebih dahulu. Semakin lama ditangguh, semakin lambat giliran haji.

4. Rancang dana persaraan sejak hari pertama bekerja, bukan dekat-dekat apabila dah nak bersara. Kalau kerja kerajaan, jangan hanya bergantung kepada pencen. Kalau kerja swasta, jangan hanya bergantung kepada simpanan KWSP.

5. Walaupun masih tak ada calon, jangan dilupa untuk bina tabung kahwin. Kos majlis perkahwinan boleh melibatkan jumlah yang besar. Nanti apabila dah ada calon, tak perlu tunggu lama-lama dan beri alasan tiada duit untuk kahwin. Singgah blog ini untuk lebih banyak tips dan panduan: Tips Persiapan Majlis Perkahwinan

6. Buat juga simpanan untuk pembelian rumah sendiri. Apabila dah berkeluarga dan punyai kerjaya yang stabil, akan tiba masanya untuk tinggal di rumah idaman. Tetapi, pembelian rumah boleh libatkan kos yang besar. Maka, simpanan diperlukan. Kalau nak tahu cara beli rumah tanpa modal besar, boleh baca artikel ini: 9 Cara Beli Rumah Tanpa Modal Besar

7. Kalau rasa susah nak buat simpanan, boleh baca artikel-artikel di sini: Simpanan

Tips-tips berkaitan perbelanjaan

1. Buat bajet perbelanjaan peribadi. Kenalpasti mana keperluan dan kehendak. Utamakan perbelanjaan keperluan dahulu sebelum berbelanja untuk kehendak. Baca artikel ini: 6 Langkah Kawal Belanja Supaya Lebih Terurus

2. Kawal perbelanjaan ikut kemampuan dan pendapatan. Terima hakikat memang ada barang-barang atau perkara-perkara yang anda tak mampu miliki. Jangan terikut-ikut gaya hidup orang lain yang boros dan mewah. Yang merana nanti adalah anda sendiri, bukan mereka.

3. Sediakan satu tabung khas perbelanjaan. Tabung ini untuk perbelanjaan-perbelanjaan mahal seperti pergi melancong atau beli barang-barang idaman. Selagi tabung tak capai sasaran, tangguhkan hasrat untuk perbelanjaan tersebut.

4. Orang muda suka beli kereta. Memiliki kereta akan meningkatkan kos belanja dengan mendadak. Kalau boleh, tangguhkan dulu niat beli kereta. Orang muda patut naik pengangkutan awam atau motorsikal sahaja, jauh lebih jimat. Best woo naik motorsikal redah hujan.

5. Kalau nak beli kereta juga, kumpul duit untuk deposit dalam jumlah yang besar terlebih dahulu. Pilih kereta yang mampu sahaja. Buat kira-kira dulu. Boleh belajar di sini: 2 Formula & Tips Beli Kereta Supaya Tak Terbeban

6. Kalau ada kereta dan peluang, boleh jana pendapatan tambahan sebagai pemandu Uber. Boleh baca panduan untuk menjadi pemandu Uber di sini: Buat Duit Dengan Uber

7. Berbanding membeli kereta, jauh lebih baik jika merancang untuk beli rumah terlebih dahulu. Boleh mulakan dengan rumah yang murah dahulu seperti rumah-rumah lelong dan second-hand. Apabila kedudukan kewangan dah mantap, boleh cari rumah idaman pula. Rumah-rumah yang lama boleh dijual atau disewakan.

Baca juga:  Bila Perlu Ambil Perlindungan Insurans/Takaful?

Tips-tips berkaitan hutang

pengurusan kewangan peribadi1. Kalau ada pinjaman pelajaran, kena bertanggungjawab dan mula bayar seawal mungkin. Adik-adik yang baru nak belajar masih perlukan dana pinjaman tersebut sepertimana anda memerlukan pinjaman itu semasa belajar dulu.

2. Elakkan berhutang untuk perbelanjaan-perbelanjaan hangus. Sayang kalau gunakan kad kredit atau pinjaman peribadi untuk bina hutang-hutang jahat. Ini boleh menjejaskan kuota pinjaman (DSR) anda.

3. Kalau ada gunakan kad kredit, gunakan dengan berhati-hati dan pastikan bayaran dilakukan dengan baik, bukan sekadar bayaran minimum. Jika rekod bayaran tidak cantik, ini akan menjejaskan profil kredit anda.

4. Orang muda kena cipta  dan kekalkan rekod kredit yang baik dengan bank. Ini akan memudahkan permohonan untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan yang lebih penting seperti pinjaman/pembiayaan rumah dan hartanah. Cadangan yang baik, buat loan ASB dahulu dengan teknik yang betul sepertimana yang ditunjukkan di sini: 3 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Yang Paling Popular

5. Elakkan jadi penjamin, dan elakkan memberi nama untuk pinjaman orang lain. Kalau rekod bayaran tak cantik, nanti anda yang terjejas.

6. Kalau beri hutang kepada orang lain, pastikan hutang direkod secara bertulis dan disertakan saksi-saksi. Ini adalah ajaran Islam berkenaan hutang. Dengan adanya rekod dan saksi, sebarang penipuan boleh dielakkan.

Tips-tips berkaitan perlindungan

1. Walaupun masih muda, jangan lupakan perlindungan insurans/takaful. Boleh ambil perlindungan yang asas dahulu seperti perlindungan kemalangan diri dan kad perubatan. Nanti apabila dah jadi breadwinner (penanggung nafkah) boleh top-up jumlah perlindungan untuk manfaat sepenuhnya.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *