Tawaran pembelian TikTok oleh Microsoft ditolak

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

NEW YORK: Syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS), Microsoft, semalam memaklumkan tawaran mereka untuk membeli TikTok ditolak, menjelang tarikh akhir bagi aplikasi video milik China itu sama ada dijual atau ditamatkan operasinya di AS.

Read More

banner 300250

“Kami dimaklumkan bahawa pemilik TikTok AS, ByteDance, tidak akan menjual operasi mereka kepada Microsoft.

“Kami yakin cadangan kami baik untuk pengguna TikTok dan bagi melindungi kepentingan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

TikTok menjadi tumpuan perbalahan diplomatik antara Washington dan Beijing, dengan Presiden AS, Donald Trump, memberi kata dua kepada rakyat AS bagi menghentikan urusan mereka dengan ByteDance.

Trump mendakwa TikTok boleh digunakan China untuk menjejak lokasi pekerja persekutuan, mengumpul dokumen individu bagi tujuan peras ugut dan melakukan pengintipan korporat.

Berikutan arahan eksekutif Trump, Microsoft dan Oracle kemungkinan yang paling sesuai untuk mengambil alih operasi TikTok.

Microsoft memaklumkan, ia akan ‘melakukan perubahan ketara untuk memastikan perkhidmatan menepati standard tertinggi bagi keselamatan, peribadi, keselamatan dalam talian dan memerangi maklumat tidak benar’.

TikTok sudah memfailkan saman bagi mencabar tindakan keras kerajaan AS, dengan alasan bahawa arahan Trump adalah penyalahgunaan Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa kerana pentas itu bukan ‘ancaman luar biasa dan di luar kelaziman’.

Dimuat turun sebanyak 175 juta kali di AS, TikTok digunakan oleh berbilion orang di seluruh dunia bagi menghasilkan video unik yang pendek pada telefon bimbit mereka.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *