Suami Pavithra Ditahan Polis Kerana Mabuk

  • Whatsapp

Penulis: CikSya

Baru saja dipilih menerima gelaran “Ikon Bandaraya Ipoh” dari Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin, hari ini muncul pula berita mengejutkan dari Youtuber sensasi ini.

Dipetik dari The Star, suami kepada S. Pavithra telah ditahan reman selama tiga hari kerana memiliki senjata berbahaya. Berikut beberapa fakta yang kami rangkumkan mengenai berita mengejutkan ini.

1. Dipercayai Mabuk

M.Sugu, 29 yang dipercayai mabuk sambil memegang sabit memasuki salah satu wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

2. Angkara Perselisihan Faham

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

3. Memukul Isteri

Perselisihan itu berlanjutan sehingga suami Pavithra datang ke hospital dalam keadaan marah telah memukul isterinya di pekarangan tempat letak kereta hospital berkenaan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini telah memberikan perintah tahanan reman tiga hari untuk Sugu untuk memudahkan siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan yang Menghakis dan Meletup dan Senjata Serangan 1958.

4. Pavithra Umumkan Untuk Mengundurkan Diri

Menerusi laman Twitter Sugu Pavithra, beliau mengundur diri dari media sosial untuk sementara waktu dan memberi fokus kepada kehidupan peribadi.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *