Sepanyol buntu soal skim pendapatan minimum

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

MADRID: Tiga bulan selepas Sepanyol melancarkan skim pendapatan asas minimum untuk mengatasi lonjakan kemiskinan akibat pandemik COVID-19, program itu sudah sampai penghujungnya berikutan permohonan mendadak.

Read More

banner 300250

Langkah itu adalah janji yang dibuat oleh kerajaan gabungan Perdana Menteri, Pedro Sanchez yang mengambil alih jawatan pada Januari lalu.

Skim itu diluluskan pada akhir Mei bertujuan untuk menjamin pendapatan 462 euro (RM2,291) sebulan untuk orang dewasa yang tinggal sendirian, sementara untuk keluarga, tambahan 139 euro (RM689) setiap orang, sama ada dewasa atau kanak-kanak, sehingga sebulan maksimum 1,015 euro (RM5,034) bagi setiap rumah.

Ia dijangka menanggung perbelanjaan negara tiga bilion euro (RM14.878 bilion) setahun.

Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelancaran program itu kerana pandemik COVID-19 yang melanda Sepanyol dengan teruk dan menghancurkan ekonominya.

Daripada 750,000 permohonan yang diterima sejak 15 Jun ketika kerajaan mula menerima permohonan, 143,000 atau 19 peratus dianalisis dan 80,000 diluluskan.

Jurucakap Kesatuan Penjawat Awam Utama Sepanyol, CSIF, Jose Manuel Molina, berkata Kementerian Keselamatan Sosial hanya menganalisis 6,000 permohonan sementara 74,000 isi rumah yang sudah menerima bantuan kewangan diberikan pendapatan asas secara automatik.

“Bagi beratus-ratus ribu isi rumah yang lain mereka menanti dengan rasa tertekan,” katanya.

Jurucakap kementerian mengakui bahawa ia mungkin sedikit lebih lambat dari yang diharapkan, tetapi kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakannya lebih cepat.

“Pelancaran untuk manfaat ini biasanya sangat sukar dan keadaan ini tidak terkecuali,” katanya.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *