Sektor Perkilangan Negara Kini Memberasangkan

  • Whatsapp

Penulis: Fitriah

 

Read More

banner 300250

KUALA LUMPUR: Sektor perkilangan di Malaysia mencatatkan pemulihan memberangsangkan pada Jun susulan pelonggaran langkah sekatan dan kawalan pergerakan bagi membendung COVID-19.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkilangan Malaysia IHS Markit, yang menjadi petunjuk prestasi perkilangan, meningkat mendadak kepada 51.0 pada Jun, paras tertinggi sejak September 2018.

Ia meningkat berbanding 45.6 yang dicatatkan pada Mei, sekali gus menunjukkan kemajuan dalam sektor pengeluaran barangan Malaysia dan pertumbuhan kukuh ekonomi secara umumnya.

Ketua Ahli Ekonomi Perniagaan IHS Markit, Chris Williamson, berkata sektor perkilangan negara ini menunjukkan petunjuk pemulihan memberangsangkan pada Jun.

Beliau berkata, output meningkat pada kadar yang tidak dapat ditandingi dalam sejarah kajian selama lapan tahun dengan peningkatan bilangan syarikat membuka semula kemudahan atau meningkatkan keupayaan operasi kilang selepas gangguan berkaitan COVID-19.

Katanya, pemulihan pesat dalam pengeluaran sejak kejatuhan teruk pada April memberi petanda baik untuk pemulihan berbentuk ‘V’.

Bagaimanapun, pertumbuhan dengan mudah akan kehilangan momentum selepas pemulihan awal, katanya.

“Sementara jangkaan perniagaan terus meningkat pada Jun, keyakinan kekal jauh di bawah paras yang dilihat pada awal tahun, sebahagiannya mencerminkan kebimbangan mengenai kesan berterusan sekatan COVID-19 terhadap permintaan di dalam dan luar negara.

“Permintaan eksport yang lemah tetap menjadi perhatian khusus, terutama dari segi perbelanjaan pengguna yang lemah. Buat masa ini, data bergerak dengan kukuh ke arah yang betul,” katanya dalam satu kenyataan.

IHS Markit berkata, terdapat petunjuk menggalakkan bahawa permintaan mula stabil pada Jun dengan Indeks Pesanan Baharu meningkat ke paras tinggi dalam tempoh enam bulan.

Ia berkata, pembukaan semula sesetengah industri dilaporkan mendorong pengambilan kerja baharu meningkat.

Walaupun kadar penurunan dalam jualan eksport baharu berkurangan sejak April, permintaan pasaran antarabangsa dilaporkan berkurangan berikutan pandemik COVID-19.

IHS Markit berkata, keyakinan perniagaan mengukuh ke paras tinggi empat bulan berikutan peningkatan keyakinan bahawa pengeluaran akan meningkat daripada paras semasa dalam tahun mendatang susulan jangkaan pemulihan aktiviti ekonomi.

Kajian terkini itu juga memperlihatkan operasi perkilangan di negara ini beroperasi secara berkesan untuk memenuhi keperluan perniagaan dengan jumlah pekerja yang hampir stabil.

Namun, beberapa syarikat juga beralih ke dalam kedudukan menghentikan pekerja susulan pelarasan perniagaan terhadap jadual pengeluaran baharu.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *