RM 415 sebulan buat petugas kesihatan Venezuela

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

CARACAS: Sebahagian petugas kesihatan Venezuela yang menjadi barisan hadapan memerangi COVID-19 mula menerima bayaran bulanan AS$100 (RM415).

Read More

banner 300250

Mereka yang terdiri daripada 3,000 doktor dan jururawat itu sebelum ini hanya dibayar antara AS$6 (RM24.90) dan AS$8 (RM33.20) sebulan.

Bayaran gaji itu dibiayai menerusi dana yang dirampas Amerika Syarikat (AS) daripada kerajaan pimpinan Presiden Nicolas Maduro, kata Ketua Pembangkang, Juan Guaido pada Sabtu.

Jabatan Perbendaharaan AS pada Ogos meluluskan penggunaan dana itu untuk membantu petugas kesihatan Venezuela dalam memerangi COVID-19 di tengah-tengah krisis ekonomi yang hiperflasi.

“Petugas yang memperoleh antara AS$6 dan AS$8 sebulan mempunyai akaun sekarang,” kata Guaido dalam siaran media sosial.

Setakat ini, Kementerian Maklumat Venezuela belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Guaido, yang diakui oleh puluhan negara sebagai presiden sah Venezuela, mengumumkan rancangan itu pada Mei tetapi tidak dapat melaksanakannya tanpa kebenaran Pejabat Kawalan Aset Asing Jabatan Perbendaharaan.

AS yang tidak menyokong Maduro merampas dana kerajaan Venezuela dalam akaun AS tahun lalu.

Pasukan media Guaido mengatakan bahawa penerima pertama adalah petugas kesihatan di wilayah yang paling teruk terjejas akibat COVID-19.

Program itu diharap dapat meliputi sekitar 62,000 orang melalui platform digital yang menerima dan mengirim wang.

Venezuela merekodkan 50,973 kes COVID-19 dan 412 kematian setakat ini, menurut angka rasmi.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *