Risiko pelitup muka murah

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

KUALA LUMPUR: Tawaran harga serendah 10 hingga 20 sen bagi sekeping pelitup muka mendorong pengguna membelinya tanpa menyedari risiko penggunaan jika barangan itu tidak mematuhi piawaian ditetapkan.

Read More

banner 300250

Aktiviti penjualan pelitup muka tiga lapisan itu dikenal pasti di beberapa kedai perkakasan, farmasi dan gerai sekitar Kuala Lumpur, termasuk di platform e-dagang.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada tahap perlindungan pada pelitup muka tiga lapisan itu memenuhi piawaian ditetapkan pihak berkuasa atau sebaliknya.

Tinjauan promosi dalam talian oleh BH mendapati ada peniaga menawarkan harga serendah RM5.99 bagi sekotak pelitup muka tiga lapisan.

Selain menjualnya pada harga yang rendah, peniaga turut dikenal pasti melampirkan beberapa dokumen pematuhan serta gambar pelitup muka yang digantung bersama pemberat bagi menguji ketahanan peralatan itu.

Semakan BH di beberapa premis perniagaan secara fizikal pula mendapati, pelitup muka tiga lapisan dijual serendah RM9.90 sekotak, selain ada farmasi menawarkan harga promosi RM29.90 bagi dua kotak barangan itu.

Ada juga peniaga gerai di lokasi tumpuan ramai dikenal pasti menjual pelitup muka tiga lapisan pada harga RM20 sekotak dengan ciri kelengkapan dipromosikan hampir sama.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *