PM Jepun beri jaminan pemulihan ekonomi

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

TOKYO: Perdana Menteri, Yoshihide Suga memberi jaminan penularan COVID-19 akan terus dikawal dan akan memulakan langkah ke arah pemulihan ekonomi.

Read More

banner 300250

Suga yang mengangkat sumpah menggantikan Shinzo Abe, semalam turut menegaskan Kabinet yang dipilihnya akan meneruskan dasar dibawa oleh Abe.

“Kita perlu meneruskan dasar yang dibawa ketika pentadbiran Abe. Saya fikir itu adalah misinya ketika mana saya dipilih,” katanya kepada media.

Beliau menjawab soalan media sama ada akan melaksanakan pilihan raya mengejut untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kerajaan.

“Apa yang rakyat mahu ketika ini ialah kami berusaha menamatkan penularan wabak ini dan pada masa sama memulihkan ekonomi.

“Keutamaan kami pada masa ini ialah mencegah penularan jangkitan dan membina ekonomi. Kami berharap dapat melakukan yang terbaik menangani isu penting ini,” katanya.

Suga, 71, mencatat kemenangan mudah apabila meraih 314 daripada 462 undi di Parlimen yang mana parti pemerintah di bawah teraju beliau, Parti Demokratik Liberal (LDP), menguasai majoriti kerusi.

Abe mengumumkan peletakan jawatan atas faktor masalah kesihatan walaupun tempoh mandat masih berbaki setahun.

Suga turut dilaporkan mahu mengukuhkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan menjalin hubungan yang lebi stabil dengan China dan Russia.

Namun, beliau belum menggariskan dasarnya dalam hubungan dengan Korea Selatan atau strategi pertahanan berdepan Korea Utara.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *