Perlu ada 2 gelaran jika mahu ke Olimpik

  • Whatsapp

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berdepan laluan berliku dalam misi layak ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Ketika ini, pasangan itu berada di kedudukan ke-11 ranking kelayakan ke Tokyo, ketinggalan 4,059 mata di belakang gandingan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emmanuelle Widjaja yang berada di tangga kelapan – slot terakhir untuk layak.

Read More

banner 300250

Malah, kedudukan ranking tidak memihak Soon Huat-Shevon apabila menghuni tangga ke-12 sekali gus tidak meletakkan mereka sebagai pasangan pilihan apabila menyertai kejohanan.

Justeru, ketua jurulatih beregu campuran negara, Paulus Firman, berkata Soon Huat-Shevon perlu menghasilkan keputusan terbaik dalam baki enam kejohanan kelayakan yang bermula Januari tahun depan bagi memintas kedudukan Hafiz-Gloria.

“Berdasarkan kedudukan ranking dunia mereka di tangga ke-12, ini agak rugi buat Soon Huat-Shevon kerana mereka bukan pasangan pilihan.

“Ini sudah pasti akan mempengaruhi undian dalam kejohanan terutama baki enam kejohanan kelayakan dan pastinya mereka akan bertemu pasangan dalam kelompok lapan terbaik di pusingan awal.

“Dulu, saya bantu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) sehingga mereka berjaya berada dalam kelompok lapan terbaik ranking dunia tahun lalu dan membolehkan mereka menjadi pasangan pilihan dalam kejohanan termasuklah Seluruh England tahun ini.

“Apabila Soon Huat-Shevon tidak berada dalam kelompok lapan terbaik, sudah pasti ia akan menjadi sukar. Namun, saya akan buat yang terbaik bagi membantu mereka layak ke Sukan Olimpik.

“Saya akan bincang dengan mereka apa yang kita perlu betulkan. Apa yang pasti kita kena gunakan peluang dalam baki enam kejohanan kelayakan bagi mengumpul mata.

“Peluang tetap ada untuk kejar namun sekurang-kurang perlu ada dua gelaran juara daripada baki enam kejohanan kelayakan itu nanti,” kata Paulus.

Setakat ini, hanya beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Soon Huat di landasan tepat bagi layak ke Tokyo apabila berada di kedudukan ketujuh ranking kelayakan dan dunia.

Setiap negara dibenarkan mempunyai dua wakil untuk di Sukan Olimpik sekiranya masing-masing berada dalam kelompok lapan terbaik sebaik tamat pusingan kelayakan.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *