Perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong ditangguh Britain

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

LONDON: Britain bakal berdepan ketegangan hubungan lebih buruk dengan China susulan menangguhkan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong sebagai protes terhadap undang-undang keselamatan baharu yang menimbulkan kontroversi di wilayah itu.

Read More

banner 300250

Setiausaha Luar, Dominic Raab, mengesahkan langkah itu yang dijangka diperluaskan di Parlimen, walaupun China memberi amaran bahawa Britain melakukan kesalahan dasar luar yang serius dan berisiko dibalas dengan tindakan setimpal.

Beliau turut mengumumkan perlanjutan larangan atas barangan tertentu perdagangan (embargo) membabitkan senjata yang boleh membawa maut ke atas Hong Kong seperti sudah dilakukan terhadap Chin sejak tiga dekad ini.

Hubungan diplomatik antara London dan Beijing terganggu akibat undang-undang keselamatan, dilihat kuasa Barat sebagai menghalang kebebasan sivil dan hak asasi manusia di hub kewangan itu.

China mengancam tindakan balas yang spesifik selepas Britain melonggarkan peraturan imigresen untuk warga Hong Kong dengan pasport luar negara Britain dan potensi diberi kewarganegaraan.

Ketegangan semakin meruncing apabila Britain mengkritik tindakan China terhadap kumpulan etnik minoriti Uighur dan menyekat syarikat telekomunikasi gergasi, Huawei daripada rangkaian 5Gnya.

Dalam kenyataan di laman sesawang Kedutaan China di Britain pada Selasa, ia mengkritik penangguhan perjanjian itu dan mengatakan United Kingdom (UK) sudah tersasar ke jalan yang salah.

“China mendesak UK supaya segera menghentikan campur tangan dalam urusan Hong Kong, kerana ia urusan dalaman China,” kata kenyataan itu sambil menambah China mengecam keras dan menentangnya dengan tegas.

“UK akan menanggung akibatnya jika berkeras untuk pergi ke jalan yang salah,” katanya.

Penangguhan perjanjian ekstradisi Britain menyusuli tindakan keras yang sama terhadap China oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *