Pasca Brexit pada 15 Oktober depan

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson semalam mengumumkan 15 Oktober sebagai tarikh akhir untuk perjanjian perdagangan pasca Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus menghilangkan kebimbangan mengenai kekacauan ‘tanpa perjanjian’ sekiranya rundingan gagal.

Read More

banner 300250

Rundingan pusingan kelapan disambung semula di London minggu ini, dengan perbincangan antara kedua-dua pihak semakin sukar di tengah-tengah tuduhan politik tidak teratur serta kecaman.

Ketua perunding United Kingdom (UK), David Frost, tidak banyak mencatatkan kejayaan dalam rundingan itu bagi meningkatkan jangkaan mencapai untuk kejayaannya, selain menjanjikan tidak ada kompromi mengenai tarikh akhir ditetapkan untuk London, memetik wawancara diterbitkan akhbar semalam.

Rakan sejawatnya di pihak EU, Michel Barnier, minggu lalu berkata, sama ada rundingan itu berlaku atau gagal, perlu ada kesepakatan mengenai akses EU ke perairan perikanan UK dan peraturan bantuan negara, namun Britain tidak memberikan komen.

Brussels memberi gambaran bahawa pertengahan Oktober adalah tarikh di mana perjanjian seharusnya dicapai, memandangkan perlunya terjemahan dan ratifikasi oleh Parlimen Eropah.

Walaupun berbulan-bulan menolak untuk mengesahkan tarikh akhir, akhirnya Johnson bersetuju.

“Perlu ada perjanjian dengan rakan-rakan Eropah kita pada waktu persidangan Majlis Eropah pada 15 Oktober, jika mahu ia dilaksanakan pada akhir tahun ini.

“Maka, tidak masuk akal untuk berfikir melampaui titik itu. Jika kita tidak dapat bersetuju dengan tarikh itu, maka saya tidak nampak akan ada perjanjian perdagangan bebas antara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Johnson, sekiranya itu berlaku, Britain akan mengadakan perjanjian ‘gaya Australia’ dengan EU atau perjanjian serupa seperti disepakati dengan Kanada serta negara lain.

Australia berdagang dengan EU berdasarkan peraturan dan tarif Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Namun, Johnson berkata beliau mahukan rejim ‘sifar tarif , sifar kuota’ sambil menegaskan ia masih akan menjadi ‘hasil yang baik’ bagi Britain.

Johnson sama sekali tidak menolak kesepakatan dan berjanji akan bekerja keras bulan ini untuk mencapainya.

Namun, beliau berjanji Britain ‘akan siap sedia’ jika perbincangan terhenti.

“Kami akan memiliki kendalian penuh atas undang-undang, peraturan kami dan perikanan kami. Kami akan memiliki kebebasan untuk melakukan perjanjian perdagangan dengan setiap negara di dunia. Sebagai hasilnya kami akan berjaya,” katanya.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *