Neelofa Puji Sikap Profesional Noor Nabila Dan Sharnaaz Ahmad

  • Whatsapp

Penulis: CikSya

Menzahirkan rasa kagum dengan sikap profesional yang ditonjolkan kakaknya Noor Nabila dan pelakon Sharnaaz Ahmad dalam berdepan penceraian dan membesarkan anak, pengacara dan usahawan terkemuka tanah air, Neelofa mengakui sikap tersebut wajar dijadikan contoh kepada pasangan yang mengalami situasi yang sama.

Read More

banner 300250

neelofa kagum dengan sikap sharnaaz dan nabila

“Kalau orang datang ke rumah tengok mereka, orang akan ingat mereka masih bersama. Memang tidak nampak hubungan mereka bermasalah.”

Tambah Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, dirinya amat menghormati Sharnaaz kerana berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak saudaranya, Jebat Jayden dengan sangat baik meskipun tidak tinggal sebumbung.

“Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah meluangkan masa bersama anaknya, kadang-kadang sampai dua kali dalam sehari.”

Susulan kejadian, Neelofa bagaimanapun tetap mendoakan yang terbaik buat kakaknya dan Sharnaaz agar bertemu pasangan yang sesuai suatu hari nanti.

“Saya mendoakan Nabila dan Sharnaaz masing-masing dapat bertemu pasangan yang sesuai dan kekal sehingga akhir hayat.”

Terdahulu, Sharnaaz dan bekas isteri sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai lalu.

Untuk rekod, pasangan itu sebelum ini telah diijabkabulkan di Petaling Jaya, Selangor pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat yang bakal menginjak usia dua tahun pada bulan hadapan.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *