Masjid yang langgar SOP dikenalpasti polis

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

KANGAR: Polis sudah mengenal pasti masjid di negeri ini yang membenarkan anak kariahnya hadir solat berjemaah di masjid tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Read More

banner 300250

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata pihaknya sudah menemui pengurusan kariah berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai ketidakpatuhan terbabit.

Katanya, bagaimanapun tiada tindakan tegas ke atas pengurusan masjid, sebaliknya hanya amaran tegas diberi terhadap pihak pengurusan susulan tindakan itu.

“Perkara ini bukan berlaku di semua masjid, hanya ada beberapa sahaja yang bertindak memberikan sejadah kepada anak kariah yang tidak membawanya dengan alasan untuk memberi peluang jemaah bersolat.

“Kita memang ada senarai masjid terbabit (membenarkan jemaah langgar SOP), amaran juga sudah dikeluarkan dan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs) turut dimaklumkan bagi langkah susulan diambil ke atas pengurusan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas mengenai tindakan lanjut yang bakal diambil, Surina berkata, anggota polis akan memantau masjid terbabit dari semasa ke semasa khususnya ketika solat Jumaat.

“Memang polis ada pasukan pemantau masjid di setiap kariah, kita akan menggiatkan lagi usaha dan selepas ini tindakan yang lebih tegas akan diambil.

“Teguran ke atas masjid berkenaan juga sudah dibuat Raja Perlis dalam titahnya semalam, jadi kita akan pastikan ia tidak berulang atau tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *