Luqman Hakim sah milik KV Kortrijk

  • Whatsapp

Penulis: Fit Hisham

 

Read More

banner 300250

KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai halangan sebelum ini, penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sah menjadi milik pasukan dari Belgium, KV Kortrijk.

Bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) menandatangani kontrak selama lima tahun bersama pasukan divisyen utama Belgium itu dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara, hari ini.

Majlis menandatangani kontrak turut dihadiri pemilik pasukan, Tan Sri Vincent Tan; Duta Belgium, H E Pascal Gregoire dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.

Dalam ucapannya, Vincent berkongsi kata-kata semangat dengan Luqman dengan meminta supaya pemain muda itu terus berusaha keras untuk menempa nama di Eropah.

“Saya menjangkakan tiada masalah baginya untuk membuktikan kemampuan beraksi bersama kelab nanti.

“Malah, kita seharusnya berbangga, Luqman berjaya menjadi anak Malaysia pertama bermain di liga divisyen satu di Eropah dan mewakili antara kelab utama di Belgium,” katanya.

Sebagai rekod, Luqman sebelum ini ditawarkan kontrak untuk bermain dengan pasukan itu pada September lalu dan akan menyertai kelab itu pada bulan Mac apabila usianya genap 18 tahun.

Mengikut perancangan, dia akan terlebih dahulu menjalani latihan selama tiga bulan di Cardiff City bermula Disember lalu dan kemudiannya terbang ke Belgium, namun pelbagai isu yang berbangkit menyebabkan perancangan berkenaan terbantut.

Pertama dia gagal terbang ke Cardiff City kerana masalah visa pada Disember 2019 dan kemudiannya disebabkan COVID-19, Februari lalu.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *