Kempen Shell untuk PKS

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia memperkenalkan kempen ‘Realisasi Impianmu Bersama Shell’ bagi memperkasakan jualan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menerima impak disebabkan pandemik COVID-19.

Read More

banner 300250

Kempen itu membolehkan produk PKS dipasarkan di rangkaian kedai Shell Select diseluruh negara.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Shell untuk memberikan khidmat serta meringankan impak masyarakat disamping meningkatkan penawaran produk di kedai Shell.

“Shell Malaysia mempunyai komitmen jangka masa panjang dalam memberikan kehidupan lebih baik bagi pelanggan dan komuniti.

“Hasil positif perkongsian sebelum ini dengan PKS telah memberi inspirasi kepada kumpulan untuk melancarkan kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell.

“Inisiatif ini adalah satu peranan sumbangan kami untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi PKS di Malaysia dan meningkatkan ekonomi keusahawanan, terutama pada masa yang belum pernah terjadi ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Shell sentiasa membuka peluang kepada PKS dan memberi peluang untuk mempromosikan produk di kedai Shell Select.

Shairan Huzani berkata, bagi kempen kali ini, Shell menyasarkan peluang kerjasama bersama PKS yang terbabit dalam pembuatan makanan ringan, manisan, minuman bukan alkohol, dan makanan siap makan.

Beliau berkata, PKS digalakkan untuk mengambil peluang ini mendaftarkan perniagaan mereka dan memasarkannya di bawah Kontrak Label Peribadi dengan Shell.

Inisiatif ini, katanya terbuka untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan di atas, serta mempunyai perniagaan berdaftar dan mempunyai nombor pendaftaran perniagaan yang sah.

Selain itu katanya, tiga PKS yang layak akan diberikan Kontrak Label Swasta dengan Shell yang membolehkannya memasarkan produk secara tetap di rangkaian kedai Shell Select seluruh negara.

Sebanyak 27 PKS yang lain pula boleh mempromosikan produk mereka secara nasional, wilayah, atau lokasi khusus seperti yang diputuskan oleh Shell.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *