Kempen buat PKS

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

KUALA LUMPUR: Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) akan menjadi ‘talian hayat’ kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Read More

banner 300250

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata ramai pengusaha PKS terjejas akibat wabak itu dan mereka memerlukan sokongan rakyat Malaysia dalam tempoh yang sukar ini.

Katanya, KBBM pada tahun ini akan memfokuskan untuk membantu dan menyokong dalam industri tempatan untuk menjana pendapatan dan memperoleh keuntungan berterusan.

“Kita mahu mereka ini mencatat keuntungan berterusan dan kekal menjadi pembekal produk di pasaran tempatan. Ia penting supaya setiap pekerja mereka dapat dikekalkan.

“Bayangkan sekiranya banyak perniagaan kecil tutup, apa yang akan berlaku.. Pastinya ramai yang akan hilang kerja,” katanya selepas pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia dan Kempen Love Local bersama Petronas Dagangan Berhad (PDB), hari ini.

Alexander berkata, KPDNHEP juga akan berusaha membantu peniaga tempatan dalam mempromosi produk mereka sama ada secara jualan secara fizikal dan dalam talian.

“Sokongan daripada semua pihak termasuk pihak swasta seperti Petronas menjadi ‘talian hayat’ untuk meneruskan perniagaan rakyat tempatan,” katanya.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *