‘Kalau ada duit, saya pun nak beli pasukan Liga M’- Azlan Johar

  • Whatsapp

Penulis: Fit Hisham

 

Read More

banner 300250

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar menaruh impian besar untuk membeli pasukan Liga Malaysia (Liga M) sekiranya mempunyai kemampuan dari segi kewangan pada satu hari nanti.

Malah, beliau menegaskan sesiapa sahaja boleh berbuat demikian bagi memastikan industri bola sepak tempatan bergerak ke arah lebih profesional.

“Kalau ada duit, memang saya pun nak beli pasukan Liga M dan siapa saja boleh beli jika mampu. Jadi tidak mustahil bola sepak kita boleh dimajukan ke satu tahap yang lebih baik lagi ini.

“Saya harap mereka yang membeli pasukan dapat menunjukkan kepada persatuan bola sepak negeri bagaimana nak jadi lebih profesional.

“Bola sepak adalah modul perniagaan sangat besar. Ini satu tempat yang paling baik untuk syarikat besar melabur bagi memperkenalkan jenama mereka kepada masyarakat.

“Sebelum ini mereka tak berani sebab katakanlah mereka bagi sejuta ringgit (tajaan), adakah duit itu digunakan sepenuhnya untuk bola sepak? Sebab itu banyak syarikat sebelum ini tak berani menyumbang dalam bola sepak,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Beberapa pihak sebelum ini dilihat menyatakan minat membeli pasukan tempatan selepas proses penswastaan pasukan iaitu pertukaran status dari persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC) yang akan dilaksanakan tahun ini.

Antara pasukan yang kini menjadi buruan pihak tertentu adalah Kelantan dengan BH Sukan semalam melaporkan sekurang-kurangnya tiga pihak berminat membeli skuad The Red Warriors (TRW) itu.

Selain itu, Azlan menjelaskan penswastaan pasukan ini juga perlu dijadikan titik permulaan untuk mana-mana memastikan individu yang benar-benar berkaliber menguruskan pasukan bola sepak.

“Selama ini persatuan bola sepak negeri sebenarnya indah khabar dari rupa. Banyak pengurusan tidak jujur yang mana mereka bertanding untuk memegang jawatan, namun sumbangan mereka boleh dikatakan tiada langsung.

“Semuanya diletakkan atas bahu presiden. Saya pun tak tahu apa tujuan mereka bertanding dalam tampuk pentadbiran sedangkan mereka tak boleh menyumbang.

“Saya banyak kali terbaca di akhbar, apabila presiden undur diri, timbalan presiden awal-awal sudah angkat bendera putih,” katanya.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *