Jom jadi cantik

  • Whatsapp

Penulis: CikSya

Setiap orang pasti mempunyai rutin penjagaan wajah yang tersendiri mengikut keadaan kulit masing-masing kan? Tapi ada kalanya, rasa macam ianya kurang berkesan untuk selesaikan masalah kulit wajah anda. Mungkin anda perlu semak semula rutin yang anda lakukan tu sama ada ianya betul-betul efektif untuk dapatkan kulit wajah bebas tanpa masalah.

Read More

banner 300250

Malahan, time-time ni juga ramai yang ada masalah kulit breakout sampai dah tak tahu nak buat macam mana! Anda pasti tak percaya jika kami katakana, lima rutin penjagaan wajah ini boleh membantu anda selesaikan masalah kulit wajah.

1. Double cleansing

A picture containing person, man, woman, wedding Description automatically generated

Jangan memandang ringan dengan rutin ‘double cleansing’ ini kerana ianya terbukti berkesan membantu atasi masalah kulit berjerawat. Rutin ini mula mendapat perhatian ramai selepas ianya popular dipraktikkan oleh wanita di Korea.

Seperti namanya, ‘double cleansing’ memerlukan anda mencuci wajah sebanyak dua kali menggunakan dua jenis pencuci berbeza.

Di mana pertama sekali menggunakan pencuci muka tanpa buih dan berasaskan minyak seperti oil cleanser atau cleansing balm. Manakala, cucian kedua menggunakan water-based cleanser seperti pencuci muka yang anda sering gunakan. Barulah kulit bersih dan bebas daripada kotoran dan jerawat!

2. Tuala mukaA white towel Description automatically generated

Kesilapan lazim yang selalu dilakukan adalah apabila anda menggunakan tuala yang sama bagi mengeringkan muka dan badan. Tabiat buruk ini boleh meningkatkan risiko jerawat pada muka kerana kotoran yang terdapat pada tuala. Sebaiknya, gunakan tuala yang berasingan dan dikhaskan untuk mengelap muka. Walaupun nampak leceh, tapi anda pasti akan nampak perbezaannya!

3. Minum air secukupnya

A glass of water Description automatically generated

Dah bermacam-macam cara anda lakukan untuk atasi masalah kulit tetapi semuanya masih tak berkesan? Mungkin inilah masanya untuk anda jadikan rutin minum air sebagai rutin harian anda. Bunyinya memang klise tapi jika anda tidak minum air dengan cukup, kulit wajah boleh menjadi kering. Kunci untuk dapatkan kulit wajah sihat berseri adalah dengan memastikan kulit sentiasa lembap dan bebas daripada masalah kulit kering!

4. Tukar sarung bantal

A picture containing person, indoor, man, clothing Description automatically generated

Ahli dermatologi mengesyorkan untuk menukar sarung bantal dan tempat tidur anda sekurang-kurangnya sekali seminggu lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit berjerawat dan berminyak. Ada juga yang mencadangkan penggunaan sarung bantal baru setiap hari terutama untuk yang mempunyai masalah jerawat yang teruk.

5. Masker muka

Selain daripada minum air secukupnya, pemakaian masker muka setiap hari mampu menyelesaikan masalah kulit kering. Kalau anda nak tahu, kitaran sel kulit iaitu satu proses dimana sel kulit yang baru “dilahirkan” setiap 28 hari secara purata pada lapisan kulit yang paling bawah. Pada masa inilah penting untuk anda amalkan rutin penjagaan wajah yang baik untuk kulit.

Selain melembapkan kulit wajah, penggunaan masker muka setiap hari boleh mengeluarkan kotoran yang melekat dan minyak yang berlebihan untuk menghasilkan kulit yang benar-benar bersih dan pori-pori yang lebih ketat. Yang paling penting, ianya juga cepat dan mudah!

Tetapi bukan semua jenis masker muka sesuai untuk kegunaan harian terutamanya jika ia mengandungi glycolic acid yang boleh memberikan kesan iritasi pada wajah. Masker muka yang mempunyai kandungan exfoliating acid juga terlalu ‘kuat’ untuk digunakan setiap hari.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *