Duterte rayu Malaysia hantar pulang rakyatnya

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

MANILA: Walaupun terpalit kontroversi tuntutan Filipina ke atas Sabah, Presidennya, Rodrigo Duterte, merayu supaya Malaysia bertimbang rasa dan membantu menghantar pulang rakyatnya yang berada di kawasan dipertikaikan itu.

Read More

banner 300250

“Isu ini menimbulkan kontroversi besar antara kedua-dua kerajaan dan kami merayu Malaysia mempunyai sifat kemanusiaan bagi membantu rakyat Filipina di sana.

“Kami akan melakukan perkara sama kepada penduduk Malaysia sekiranya terjadi keadaan seperti ini,” katanya dalam Mesyuarat Kabinet yang disiarkan di televisyen semalam.

Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana, berkata 3,000 rakyat Filipina di Sabah sedang menunggu proses penghantaran pulang manakala 2,000 orang lagi sudah kembali ke negara itu.

Sebagai rekod, bulan lalu Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan lisan menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Ia susulan tindakan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr, menulis komen pada ciapan melalui Twitter Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Filipina menyatakan ‘Sabah bukan berada dalam wilayah Malaysia’.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam reaksinya kepada kenyataan itu, berkata kenyataan Locsin adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *