Cadangan laksana PKPD di kawasan terjejas

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan mengemukakan cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di kawasan jangkitan COVID-19 bagi Kluster Sungai dan Telaga kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19.

Read More

banner 300250

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata cadangan itu akan dibawa pada mesyuarat membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan beberapa agensi lain.

Katanya, ini berikutan hanya pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran berjaya memberi kesan positif bagi mengekang penularan virus itu seperti PKPD Secara Pentadbiran bagi Kluster Sivagangga di Napoh dan Kluster Tawar di Amanjaya, Sungai Petani.

“Kalau ikut pengalaman kita, memang PKPD kaedah paling berkesan. Cumanya pertimbangan perlu dibuat sama ada langkah itu akan turut memberi kesan terhadap sektor lain seperti ekonomi dan pendidikan.

“Kita semua bimbang kerana ia membabitkan petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan, kini ahli keluarga mereka pula terbabit.

“Rakyat sendiri berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan. Ini yang kita lakukan, iaitu membuat syor dan menghantar segera kepada MKN,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *