Cabaran Remaja Perempuan

  • Whatsapp

Penulis: Fitriah

 

Read More

banner 300250

Anak remaja perempuan ini memang menjadi cabaran kepada mana2 ibu bapa sekalipun.. sebab waktu ini, mereka terperangkap di tengah2 iaitu antara zaman kanak2 dan zaman dewasa.. Sebab itu kadang2 kita melihat tingkah laku anak remaja ini macam orang dewasa.. berfikiran macam orang matang.. dan dalam keadaan lain pula, mereka bersikap seperti kanak2, mudah merajuk, mengada2 dsb. Maka, kadang2 ibu bapa sendiri tak berapa pasti macam mana nak berinteraksi dengan anak2 remaja ni.. sama ada nak melayannya macam kanak2 ataupun nak melayannya macam orang dewasa.

Kalau kita tersilap menegur, mungkin akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Sebab itu dalam Islam diajarkan cara menegur anak2 ini mengikut 3 peringkat.. iaitu peringkat belum mumaiyiz, peringkat selepas mumaiyiz sehingga sebelum baligh dan peringkat baligh sehingga dewasa.

Mumaiyiz ini adalah sekitar umur 7 tahun.. mungkin lebih awal daripada itu.. ada sesetengah ustaz kata, kalau seorang budak itu dah dapat bezakan antara tahi ayam dan nasik, maka kira mumaiyiz la.. tapi Ustaz Love lebih suka amik umur 7 tahun, sebab Nabi s.a.w. pun ada perintahkan supaya ibu bapa menyuruh anak2 menunaikan solat apabila usianya mencapai 7 tahun. Maknanya, sebelum umurnya 7 tahun itu adalah peringkat pertama. Kaedah teguran pada waktu ini adalah menerangkan mana yg betul, mana yang salah.. dan sentiasa mengulanginya (suruhan atau larangan).. jangan jemu2 untuk menegur atau melarang anak2 yang mumaiyiz ini. Teguran dan larangan hendaklah diberikan dengan penuh kasih sayang..

 

Peringkat kedua adalah peringkat antara mumaiyiz sehingga sebelum baligh.. pada peringkat ini, boleh menggunakan sedikit kekerasan dalam mendidik.. sbb itu Nabi s.a.w. menyuruh ibu bapa merotan anak2 (jika tak solat) dan memisahkan tempat tidur mereka ketika berusia 10 tahun. Waktu ini ibu bapa kena bertegas sekiranya anak2 degil, kena gunakan rotan. Juga kena berikan kebenaran kepada guru2 untuk merotan anak2 jika mereka melakukan kesalahan. Marahlah atau rotanlah mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan pada usia ini.. dengan syarat pukulan itu adalah untuk tujuan mendidik, dan bukan pukulan yang boleh mencederakan.

 

Peringkat ketiga adalah peringkat selepas akil baligh.. bagi anak perempuan, akil baligh itu ditentukan dengan kedatangan haid.. kebiasaannya sekitar umur 9 tahun dah ada yang akil baligh.. berbanding anak2 lelaki, sekitar umur 13 tahun baru baligh.. tapi kalau nak cerita pasal baligh ni, jadi panjang plak entry nanti. Biarlah Ustaz Love teruskan pada kaedah menegur anak2 remaja ini.

 

Pada ketika ini, ibu bapa tidak lagi patut menggunakan kaedah pertama (menentukan betul salah sesuatu perbuatan) atau kedua (marah dan pukul).. sebaliknya hendaklah menjadi seorang kawan kepada anak2.. sentiasa menjadi pendengar setia mereka dan menegur mana2 yang tak betul dengan cara yang paling berhikmah.. kiranya jadi macam kaunselor la.. dan bukannya jadi mcm hakim ke, peguam ke, apatah lagi nak jadi mcm polis (walaupun bapa itu merupakan seorang anggota polis). Waktu ini, anak2 remaja memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan pandangan mereka, dan bukannya memerlukan seorang hakim yg suka menjatuhkan hukuman atau polis yang suka soal siasat mereka.. dekatilah mereka dengan cara yg paling lembut..Namun, cara ini hanya akan berkesan sekiranya cara pertama dan kedua itu diikuti dari awal.. dan bukannya secara terbalik.. waktu kecik2, apa yg anak buat semuanya tak ambil kisah.. biarkanlah, budak2.. apa mereka tahu.. kita cuba nak sedapkan hati dengan kenyataan sebegitu.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *