Bermulanya perbicaraan Charlie Hebdo

  • Whatsapp

Penulis: Iz Hafiz

PARIS: Seramai 14 individu yang dituduh membantu lelaki bersenjata menyerang pejabat akhbar satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Read More

banner 300250

Serangan pada 7 Januari 2015, yang mencetuskan beberapa siri serangan di Perancis, termasuk pembunuhan ‘lone wolf’ (pengganas individu) yang dikatakan terpengaruh dengan Daesh, mengakibatkan lebih 250 nyawa terkorban.

Perbicaraan kes bermula dengan kawalan keselamatan ketat ketika 11 suspek muncul di kamar mahkamah untuk berdepan tuduhan konspirasi melakukan keganasan atau bersekutu dengan kumpulan pengganas.

Tiga lagi termasuk isteri salah seorang penembak, melarikan diri ke wilayah yang dikuasai Daesh di Syria beberapa hari sebelum serangan dan dibicarakan tanpa menghadirkan diri.

Charlie Hebdo, atas alasan memperjuangkan kebebasan bersuara, menerbitkan semula kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad yang menjadi punca serangan itu, sekali gus menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Peguamnya, Richard Malka, berkata ia adalah intipati semangat Charlie Hebdo, enggan berputus asa untuk kebebasan, kegembiraan mahu pun penghinaan.

“Jangan takut, sama ada terhadap keganasan atau kebebasan,” katanya sebelum memasuki bilik mahkamah.

Kira-kira 150 pakar dan saksi memberi keterangan selama dua bulan setengah akan datang, yang akan mengimbau semula kisah yang paling menyakitkan dalam sejarah moden Perancis.

Ketiga-tiga penyerang itu dibunuh polis, namun sebarang hujah bahawa baki mereka yang dibicarakan itu hanya memainkan peranan kecil ditolak pendakwa raya dan saudara mara mangsa.

Peguam kepada salah seorang mangsa, Patrick Klugman, berkata mereka bukan sekadar orang suruhan, sebaliknya mempunyai sikap anti Semitik yang mendalam.

Seramai 12 orang termasuk beberapa kartunis terkemuka Perancis, terbunuh dalam serangan pada 7 Januari 2015 itu oleh pasangan adik beradik, Said dan Cherif Kouachi.

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *