Mungkin kita dah survey untuk cari hadiah yang sesuai untuk lelaki di internet, tetapi kita tak pasti betul ke hadiah ni dia suka atau hadiah tersebut di tak suka.
Mungkin anda ingin meraikan hari istimewa untuk mereka bagi golongan lelaki ini dan ingin dapatkan cadangan hadiah yang sesuai untuk mereka. Anda nak bagi hadiah kepada adik lelaki, kekasih lelaki, suami atau kawan lelaki sekali, mungkin senarai hadiah ini boleh memberi idea sedikit kepada anda. Anda perlu pilih sahaja mengikut bajet anda.
Sama seperti memberi hadiah kepada perempuan. Siapa je tak suka dapat hadiahkan, lagi-lagi ianya diberi oleh orang disayangi kan. Barang kecil pun, akan disimpan sampai bila- bila. Akan dijaga dengan rapi. Mungkin sampai taknak guna takut barang yang dihadiahkan oleh insan yang tersayang itu rosak dan hilangkan.
Jadi jom kita tengok, 11 jenis hadiah untuk lelaki yang boleh diberi. Tunggu anda tulis ayat-ayat sikit, cair la hati lelaki lepas tu. Pastikan hadiahnya ikhlas daripada anda tanpa meminta balasan.
#1. Kasut
Kasut antara hadiah yang anda boleh bagi kepada pasangan anda. Kasut ini merupakan keperluan bila ingin berjalan di luar rumah kan. Mungkin anda nampak pasangan anda tersebut, kasutnya sudah lusuh dan buruk. Mungkin inilah masanya anda memberi penghargaan kepadanya mungkin sempena hadiah hari jadi, anniversary, tarikh perkenalan dan sebagainya.
Ini biasa kita tengok, lelaki ini akan guna wallet mereka sampai lunyai. Selagi wallet tersebut boleh digunakan, mereka akan guna. Katanya yang penting isi dalam. Anda sebagai kawan, kekasih, isteri atau sesiapa sahaja, mungkin dah boleh buat kejutan bagi hadiah wallet baru. Lepas ni takda la nampak pakai wallet berlubang bagai kan.
#3. Topi
Topi atau cap ini antara aksesori kepada kaum lelaki. Kadang ada mereka yang pakai topi sebab taknak uruskan rambut atau rambut serabai. Ada juga yang pakai lagi mereka rasa lebih hensem. Itu terserah kepada individu. Mungkin anda boleh fikir hadiakan untuk lelaki sebuah topi kan.
#4. Wireless Earphone
Ikut trend, inilah masanya. Sekarang dah tak pakai earphone dengan wire, kabel semua ini. Sekarang dah ada wireless earphone atau orang panggil True Wireless Earphone. Mudah dibawa. Sekarang pun dah banyak pilihan mengikut bajet. Ada je yang murah tetapi sound quality sangat baik sama dengan branded yang mahal.
Jam tangan juga aksesori yang biasa dipakai oleh kaum adam. Ada juga antara mereka yang suka kumpul jam tangan tak kiralah harganya murah ke mahal ke. Dah jadi collector kan. Jadi, anda sebagai kawan, bolehlah hadiahkan jam tangan. Yang bajet-bajet pun ada sekarang.
Baju ini pun biasa orang bagi, tetapi kalau anda ingin buat kejutan kepada pasangan, anda kene tahu dulu saiz yang selalu mereka pakai. Jangan pakai beli je, takut dan beli nanti tak muat. Sama sahaja dengan kasut dan seluar. Lainlah anda bawa sendiri ke kedai kan.
Ini antara seluar harian yang dipakai oleh lelaki. Sebenarnya banyak jenis jeans ni. Ada yang murah, ada mahal, kain sedap, kain tebal, ikut warna dan sebagainya. Anda cari je yang nampak cantik, bolehlah bagi hadiah untuk lelaki yang anda sayang tu. Pastikan tahu saiz tau.
Komik ni selain lelaki, perempuan juga suka. Jika mereka jenis layan komik daripada kecil sampai besar. Anda tahu akan perkara tersebut. Mungkin anda boleh cari komik terbaru dan hadiahkan buku tersebut kepadanya. Mesti suka punyalah.
Kalau pasangan anda tu jenis tak pakai perfume atau anda nak bagi hadiah yang berbalo sikit. Mungkin anda boleh bagi hadiah perfume ni. Kadang dengan bau ini akan memberikan impression pertama kepada kaum perempuan ni. Kalau wangi, mesti jenis jaga kebersihan diri kan. Ramailah orang suka kan.
Ini berbeza dengan hadiah topi tadi. Kalau mereka jenis tak pakai topi, anda boleh pula beli dan bagi hadiah untuk lelaki gel rambut. Bagi rambut mereka sentiasa nampak kemas ketika berada di luar. Barulah boost confident. Boleh bagi ni.
Ini pilihan rare sikit iaitu Playstation 4 atau PS4. Sekarang paling latest untuk tahun 2020 adalah PS5. Jadi PS4 ni harga dah murah. Kalau ada bajet, boleh la bagi. ataupun cari PS3 pun dah ok. Lagi la lelaki ni suka kalau dapat set video game kan.